Followers

Friday, July 29, 2011

...andai ini RAMADHAN yang terakhir...

"MARHABAN YAA RAMADHAN "

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari....suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

NotaKaki : selamat menyambut RAMADAN untuk semua muslimin dan muslimat... Jahitlah pakaian TAQWA di bulan Ramadan yang akan menjelang tidaka lama lagi, hamparlah permaidani KEREDHAAN Allah di pagi Syawal.....

Thursday, July 28, 2011

...kisah AYU bukan nama sebenar...

kesian... kesian... kesian... *sambil geleng2 kepala kiri kanan*

...kata AYU bukan nama sebenar...

there is one minah yang baru je masuk keje kat sini (tapi department lain2, in fact bangunan pun lain2) dua bulan lebih kurang. nama? takpe akak bagi nama dia AYU bukan nama sebenar. aduhai, cik adik manis AYU bukan nama sebenar... siap boleh judge orang yang dia baru kenal not even 2 months pun. pantang jumpa orang, mesti dia judge orang tu gitu gini, gitu gini. ada je yang tak kena dengan orang yang dia jumpa tu. abis dijajanya cerita org tu seantero donia! kesiannnnnn...

akak kenal ke dia?

ya ampunnnnn, akak tak penah pun tengok muka dia. ada staf kata, dia penah dtg ke opis akak tapi akak still lah tak boleh recall *almaklum short term memory lost*... ater, dia dtg hanya sekali, and bukan berurusan dengan akak, lagi lah akak tak boleh recall wajah si cantik manis AYU bukan nama sebenar! tapi si cantik manis AYU bukan nama sebenar ni boleh judge kami-kami kat opis ni as a LEMBAB, POYO, BERLAGAK etc.... aduh-aduh-aduh AYU bukan nama sebenar, boleh ek awak judge orang lain, mcm awak dah kenal org tu sejak dari zaman tadika? padahal awak baru je masuk keje 2 bulan pun tak sampai... kesiannnnnnnya kat AYU bukan nama sebenar.

...kata AYU bukan nama sebenar...

sampai akak pun terkena sekali... padahal kenal pun idak. oooppppsssss, akak yang tak kenal dia... dia kenallah akak gamaknya. sebab tu dia boleh buat statement terbaekkkk mcm tu. well, akak kan glamer dik non... sebab tu dia yg baru masuk not even 2 bulan pun boleh kenal. and dia kan tak glamer, sebab tu akak tak kenal dia wpun dah masuk keje almost 2 months. AYU bukan nama sebenar, kesiannnnnnya akak tengok awak ni!

sape AYU bukan nama sebenar ni kak?

hishhhhh, dia pangkat tinggi dik non... N71 tu (staf gomen... ada tak gred smpi 71?). sebab tu dia hebat boleh judge2 orang lain. boleh arah2 pegawai N41 dia dengan sesuka hati (staf gomen... dia gred N71, tapi pegawai dia gred N41). dia sgttttttttttttt hebatttttt!!! tapi takpe lah... malas nak layan kehebatan orang yang tak setaraf dengan kehebatan akak yang setakat kerani cabuk ni je... mana nak sama kan.

then, akak teringat statement Usop Wilcha dalam HotChat pepagi hari kat Hotfm. : org yg suka amik tau hal org lain nih, adalah org yg ada masa terluang yg sgt byk/hidupnya xbizi. sb tu depa duk membizibodi & ada masa utk menjaga hal2 org lain... satu lagi "Don't bother others if they judge you, because they don't know who you are. Remember, "Dogs bark if they don't know the person."

kepada cik adik manis AYU bukan nama sebenar, semoga anda terus diberkati olehNya dan kehidupan anda dirahmatiNya selalu sepanjang masa... aminnnnnn!

NotaKaki : akak nak senyummmmmmmmmmm je!

Sunday, July 24, 2011

...doa pembuka 12 pintu...

pic dari sini

...sangat elok diamalkan selepas solat fardhu. semoga kita sama2 mendapat kebaikan...

NotaKaki : sharing is caring is loving

Saturday, July 23, 2011

...untuk ANDA semua...


banyak ilmu, tips, panduan, petua yang saya dpt bila pegi kursus bebaru ni... sgt2 berbaloi!!! alhamdullillah, terkesan untuk melakukan sesuatu yang lebih-lebih-lebih baik... change for betterment! almost everybody knows Dato' Haji Mohd Fadzillah Kamsah. kenal? kenal? sape penah pegi talk/ceramh/seminar dia? angkat tangan... and sape yg setuju kata 'pemergian' itu adalah satu pelaburan yang sgt menguntungkan? org lain akak tatau, tapi akak mmg sgt terkesan okeh!

byk yang boleh di'share'. sgt gembira utk menge'share' dgn uols. tapi... idak le saya nak tulis sume benda dlm satu entry kan... kang berkajang2 pulak. lenguh le jari jemari ai nak menaip... so, piece by piece ek. insyaAllah, saya akan share sume sekali yg saya dpt...

KENA INGAT...

1. ALLAH bila nak bagi kebaikan pada hambaNya, DIA mulakan dengan musibah - jadi jgnlah frust/kecewa/putus asa dgn ujian/dugaan ALLAH. sebab, setiap yg jadi ada hikmahnya!

2. Setiap orang perlu BELAJAR untuk TIDAK mencari kesalahan orang lain! - sgt penting! lebih baik muhasabah diri sendiri...

3. Orang yang bersyukur pada ALLAH, akan kurang stress!

4. Orang yang tidak berubah, ibarat sudah mati sebelum mati - org yg hidup mesti kena berubah for betterment. hanya org yang dah mati sahaja tidak mampu utk berubah!

5. Orang yang HEBAT, dia akan SIBUK mencari kesalahan sendiri dan membetulkan kesilapan sendiri.

6. When we do something good, we have to appreciate OURSELF! - tak perlu tunggu bos/org lain appreciate apa yg kita buat. kita appreciate sendiri and give rewards to ourself!

7. Thoughts are like SEEDS, so watch your thought. It becomes your DESTINY!

8. Life is like a boomerang. What you give, you get back!

9. Berkawanlah dengan semua orang. Tapi rapatlah dengan orang yang baik2, yang positif!

10. When the going gets tough, the tough gets going!

11. You can choose to quit or to do it!

12. INGAT! ALLAH sayangkan kita!!! - dalam apa jua keadaan : susah, senang, suka, duka, ketawa, menangis... ALLAH sentiasa sayangkan kita. bersyukurlah!

NotaKaki : semoga boleh jadi pemangkin! sharing is caring is loving!

Friday, July 22, 2011

...???...


Don't bother others if they judge you, because they don't know who you are.
Remember, "Dogs bark if they don't know the person."

NotaKaki : paham?!

...semangat!...

Hari-hari, setiap hari saya akan ceria!
Hari-hari, setiap hari saya suka tolong orang!
Hari-hari, setiap hari saya akan memaafkan orang!
Hari-hari, setiap hari saya akan bersemangat!

NotaKaki : nak kena 'laung' hari2... untuk elak stress!!!

Monday, July 18, 2011

...baju melayu hijau serindit : syud...

done with Baju Melayu Hijau Serindit...

ni pun sama, start je baca tak boleh nak lepas dah. nasib baik semalam CH duk layan gian main xbox, so... mmg tak de can lah nak pegi ke mana2 dan takde can jugak nak tengok tv... CH layan xbox start bukak mata sampai le nak tutup mata waktu petang... then sambung semula xbox lepas celik tu... xdpt bayangkan kalau xbox tu kami tinggalkan di umah atuk, mau CH liat takmo pi skul... tak pun mau atuk amik xbox, campak atas loteng sb atuk tak boleh tengok tv langsung!

ok, Baju Melayu Hijau Serindit (BMHS) by Syud, Jemariseni. best, two thumbs up! saya baca sambil gelak senyum2 simpul... mcm angau jek... jalan citer mcm biasa, takde yang luar biasa pun. tapi cara dia bercerita tu mmg buat ko senyum sengeh sampai telinga. so sweet pacai aka firas dengan wardah... saya sukaaaaaaaaaaaaa.

citernya takde lah serius sgt... ayat pun takde lah skima mcm dlm buku sekolah. saya kurang gemar sikit kalau ayat mmg baku jek... sb kita pun bukan cakap bahasa DBP seharian kan? takdelah tetiba kat umah ko cakap, "emak, macam mana dengan rumahtangga abang?" [ni ayat dalam citer hetty sarlene & zed zaidi tu... sembilu ke apa tajuknya... tapi yang pasti yusof haslam punya citer] ada ke ko tanya se-skima itu kat mak? nampak tak real, nampak fake. same goes to buku2... tak salah sebab ada je penulis yang guna ayat skima... dan ada few jugak penulis yang saya suka wpun ayat skima tapi tak nampak fake. means takde lah skima sampai ko rasa mcm baca buku sekolah menengah. tak enjoy beb baca buku mcm tu...

but, JS punya buku, mmg santai. recommended sguh kalau nak baca just utk relax kan otak. mcm saya baca BMHS ni... mmg senyum sengeh aje sepanjang masa... firas aka pacai aka shrek dan wardah aka dorothy. cer try baca, sure boleh senyum tanpa perlu kata apa2... cerita ttg a guy and a girl yang perlu berlakon sebagai bf-gf sb nak tolong this girl dari dijodohkan oleh maknya. this girl aka wardah yang terpaksa 'menyambar' this guy aka firas utk pretend jadi bf dia. tapi end of the day... mmg sama2 dah fall in love tapi takmo bagitau. pastu mulalah jeles tak tentu pasal, pikir yang bukan2, marah, merajuk etc... but the way syud presented sgt cute! ayat2 nya sgt sweet dan humor!

and, syud selitkan sekali citer Untuk Awak Teja Aulia dan Tentang Dhiya. so, sure le akak kena gali semula buku dalam rak tu nak carik Teja Aulia dan Dhiya! wpun kena-mengenanya sgt sedikit, setakat watak tu je... tapi nak baca jugak! yang pasti tulisan Syud mmg santai dan best... saya sukaaaaaaaaaa!

NotaKaki : balik ni kena cari teja aulia dengan dhiya...

Sunday, July 17, 2011

...hampir ke situ...

saya suka lagu ni... dari dulu, kini dan selamanya. ok, penah tepek kat blog dulu, tapi nak tepek lagi... pedulikkkkkk! sebab saya suka...


Aku sedar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu ku punya
Harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah yg akan menunggu di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

Jika halangan menduga
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerna ku ada di sisi
Setia menemani
Andai semangat mu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegah
Tetapi apakan andainya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan tapi
Kau atau aku
Tandaku punya kamu
Apa telah akhirnya
Tetap bersama

NotaKaki : untuk enKande... ni lagu kita! *beri laluan untuk men-jiwang*

Saturday, July 16, 2011

...Kaca Jendela Ainnur : Diya Nordin...

"masa itu adalah makhluk ALLAH yang tak pernah henti berdetik"...

KACA JENDELA AINNUR (KJA) karya Diya Nordin [terbitan JemariSeni] berjaya buat saya menangis. selepas ANDAI ITU TAKDIRNYA (AIT) karya Siti Rosmizah... ini antara novel yang buat saya teresak2. masa baca AIT tu kat opis... puaslah menahan soksek supaya opismate tak dengar. sekali ada jugak yag menegur, "akak baca novel ek?" hisssshhhh, kuat jugak aku soksek rupanya!

KJA ni saya baca kat umah pekan, amik masa satu hari satu malam. start baca... rasa mcm tak boleh lepas... cara penulisan yang menarik, interesting, attractive segala... nak sgt2 tahu apa jadik kat Ainnur Shahirah yang dinafikan haknya oleh mak dan ayah kandung. kedua2 orang tua ainnur tak mau langsung menerima ainnur sebagai anak malah menganggap dia sebagai anak tidak sah taraf. bertahun dia menagih kasih mak dan ayah... yang dia dapat cuma kasih ayah tiri [mak dan ayah kandungnya sudah bercerai]. pelbagai pengorbanan yang dilakukan termasuk menceburi bidang undang2 yang menjadi kerjaya emaknya, agar satu masa nanti dia punya topik untuk berbual dengan ibunya. 

Ainnur terpaksa pergi membawa diri setelah dia penat menagih kasih. dia menyambung study di luar negara dan berat hati mau pulang. kerana dia fikir sudah tiada sape2 yang menunggunya di bumi malaysia. byk yang diharungi oleh ainnur sehingga akhirnya dia berkahwin dengan sepupunya, zhafran huwaidi.

ya, cerita ini happy ending... tapi di tengah2nya ada kisah sedih seorang ainnur shahirah. sangat berbaloi membaca! kepada yang sudah membeli, nak membeli, teringin membeli [saya tak dpt komisen pun, cuma promote sebab citer ni best]... cuba selak page 303 hingga 311... semangat saya 'bangkit' bila baca petikan tulisan blog Kembara Sang Pencinta... dan saya rasa sedikit sebanyak, ainnur juga 'bangkit' kerana tulisan ini.

"jangan paksa ainnur. izinkan ainnur lalui hidup ainnur seperti biasa. izinkan ainnur jadi manusia normal di sini. jangan ingatkan ainnur tentang mereka yang tak pernah ingatkan ainnur. izinkan ainnur lupakan mereka seperti mereka mahu lupakan ainnur."

NotaKaki : maka atas alasan apa lagi kamu memilih untuk terus kecewa? -KembaraSangPencinta-

Friday, July 15, 2011

...wajah kesayangan hamba...


NotaKaki : mmmuuuuahhhhh!

...berderet...

ni yang nak beli...






ni sume dari KakiNovel

ni nak beli jugak...





ni pulak dari JemariSeni.

lapan bijik weiiiiiii!!! soklannya : nak beli sekarang ke nak tunggu gaji?

NotaKaki : membeli novel zaman sekarang sangat mudah! tu yg 'gila' tu!

Thursday, July 14, 2011

...jomlah berkursus...

tahun ni dah pegi 2 hari kursus, campur minggu ni ada satu... total ada 3 hari. untuk penilaian prestasi tahun 2011, kena sekurang-kurangnya ada 7 hari kursus setahun. pandai2 le rembat nak pegi kursus dengan tuntutan workload yang banyak, dengan kerenah officer yang tak terlayan... nasib baik yang dua hari tu, saya dapat pegi jauh sikit. dapat pi penang... kursus apresiasi setiausaha dan pembantu tadbir, wpun akak ni bukanlah S/U or pembantu tadbir... tapi pedulikkkkk. isi kandungan kursus tu sangat menarik hatiiiiii! tu yang sgt best.

then, this week kursus pengurusan hasil... again takde kena mengena dengan bidang tugas... tapi pedulikkkkkk, BIG BOSS takde so, kerani cabuk ni bz2 kan diri nak berkursus. officer pun tak menghalang sebab kursus dalaman, free pulak tu. just nak mencukupkan syarat 7 hari jek.

and, insyaAllah next week akan pegi lagi kursus 2 hari kat luar and berbayar! hahahahaha... pandai akak carik lubang kursus yang best2! kursus anjuran excel training yang dibuat di Palm Garden IOI Resort. STRESS MANAGEMENT AT WORK PLACE... sesuaiiiii sgtttttt! hari2 tension kat opis ni, tapi malas jek nak layan... so moh le kita pegi kursus yang sangkut paut bab stress ni... moga2 boleh le handle stress sendiri.


tapi, yang lagi hebat... masa dapat tau pasal kursus ni, gile tergedik2 nak apply. sebab nampak dato' fadzilah kamsah yang akan jadik speaker. tak fikir dah... bila dah approve, baru teringat... "eh, mcmna nak ke IOI ni ek?" haaaaaa, matik lah!!! nak je suh enKande cuti 2 hari jadik chauffer akak... uuuuwwwwaaaaa, akak tak suka nak bawak si Biru besar gedabak gong tu merentas kesesakan jalan raya!!! semalam sesi memujuk enKande tak berjaya... mission failed with flying colours! paling hebat pun enKande kata, "takpe nanti abg tunjuk jalan." ai xnak u tunjuk jalan... ai nak u hantar ai pegi sanaaaaaaaaaa! mulalah dalam kepala plan mcm2 : nak kuar umah pukul 6.30 pagi, nak elak jem. ke main pagi lagi kan... sesudah subuh, sebelum lalat bangun lagi akak dah kuar umah!

takpe lah... janji saya dapat pi kursus tu. mcmna nak sampai ke sana akan diusahakan sedaya upaya. sebab saya suka pegi kursus yang boleh meningkat prestasi diri/motivasi diri... kalau pasal2 keje ni, ai culas sikit. nanti menguap jek dah patploh kali... nak menunggu abis kursus. nak2 pulak dapat speaker yang umakaihhhhhh, straight gila... menonong je dia cakap syok sendiri kat depan sambil baca slide... lagi bosan! kalau setakat baca slide, baik ko bagi jek copy slide tu kat peserta, suh peserta bawak balik baca kat umah!

NotaKaki : ada kemajuan tahun ni, dah 5 hari kursus, tahun lepas... 2 hari jek! ;)

Wednesday, July 13, 2011

...at bigSMOL, we see love through lenses...

dah lama nak citer pasal yang satu ini... tapi memanjang hilang idea, memanjang blank, black out segala. saya ni kalau bab2 bisnes ni mmg fail with flying colours sungguh! nak duit aje taunya, tapi bila bab nak pomot untuk dapat duit mmg culas sikit [ke banyak?]...

well, hari ni saya nak jugak mem-promote-kan cabang baru dalam hidup kami. tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa...



asal usulnya adalah dari kerana minat untuk mengambil gambar, mem-posing-posing, berjalan makan angin... then tetiba ting...ting...ting... datang idea, "why not kita menukar hobi ini sebagai duit?"... dan kami tidak penah terfikir pun sebenarnya untuk buat lebih daripada hobi... bermula dari saja-suka-suka dah bertukar kepada dapat-customer-kena-buat-job. and end of the day, bigSMOL mmg happy doing this kind of job... sebab for me, kalau kita buat sesuatu yang kita suka, kita akan fokus, kita akan gembira... dan hasilnya insyaAllah akan menjadi seperti yang diharapkan.


alhamdullillah sehingga ke hari ni, bigSMOL telah dapat kepercayaan beberapa individu untuk merakamkan detik2 indah dalam hidup mereka. alhamdullillah sehingga ke hari ni, bigSMOL berjaya menunaikan janji kepada setiap customer yang deal dengan kita. alhamdullillah sehingga hari ni, bigSMOL tak putus2 menerima tempahan dari beberapa individu lain. kepada yang telah menjadi customer... ribuan terima kasih. besar harapan kami agar anda gembira dengan hasil yang kami persembahkan.






so, inilah satu cabang baru dalam hidup kami... hobi kami... dunia kami... berminat?


nampak tak yang dibulatkan dan ditandakan itu? ok... ok... kita kasik tulis besar sikit ek...

~kami menyediakan perkhidmatan fotografi perkahwinan/keluarga/majlis rasmi dan juga penghasilan custom photostory album~hubungi (call/sms) : 017.906.5557 (azri) atau emel : bigsmol@live.com.my or abdulazri@live.com~

photographer utama adalah enKande, saya ni assisstant sahaja. tapi tetap mengendong kamera besar itu untuk amik gambar... dulu2 memang tak pandai, tapi la ni dah terer lah jugak [chewahhhhh!]...

ada yang berminat? nak tau pakej? boleh... nanti uols contact2 ya. insyaAllah pakej kami tak membebankan...

NotaKaki : musim mengendong kamera... start lepas raya sampai hujung tahun! 

...Penunggu Istana : Hampeh!...

nak buat entry dah lama sebab tengok citer ni dah dekat 2 minggu jugak. then last week ke main membizi like nobody business, mcm-ko-sorg-aje-yg-keje, langsung tak sempat nak buat citer...

sape dah tengok PENUNGGU ISTANA?

pix dari sini

enKande beli dvd, then mengajak urs truly menengok citer ni malam2. saya ni kalau bab2 citer seremmmmm ni, mmg culas sikit nak tgk memalam... kang buatnya nak bangun terkucil kang, sape nak teman? takkan nak angkut enKande masuk toilet pulak! last2 balik pekan baru tengok...

pendapat? ya rabbi punyalah hampeh[dot]com citer tu! kalaulah TER-tengok kat wayang hari tu, mmg kerugian besarrrrr! penipu ya rabbi! kisah benar konon, betul2 mati konon... sume tu ngarut. padanlah tiap kali enKande ajak tengok masa kat KL, saya tetiba rasa nak mengelak jek. rupanya mmg terasa2 mcm nak kena tipu... pleaselah!

pix dari sini

lepas tengok tu... mcm2 persoalan kuar. me and hubby duk soal jawab bertubi2... soal jawab dengan sape? kami soal jawab sesama sendiri jek... takkan nak pi contact producer ke, pengarah filem tu pulak. alangkan org pi soal dalam blog depa pun, depa tak jawab. mcm nak melarikan diri... saya boleh terima kalau kata citer tu kisah benar yang DILAKONKAN SEMULA... but not itulah kisahnya yang dilakonkan oleh pelakon2 asal, and yang mati tu pun mmg mati betul2. eh, abis tu yang duk posing kat tangga untuk poster tu sape? hantu? jelmaan?

then scene bunuh2 tu, dalam byk2 ruang kat istana tu boleh pulak ko membunuh kawan tu kat belakang kamera yg penonton tak boleh nampak. masa mula2 depa sampai kat istana tu, nampak byk je rumah org2 kampung sekeliling kawasan tu... tapi bila dorg ni terjerit pekik, xde sorang pun yang dtg tolong or takde pulak yang tergerak hati nak pi mintak tolong kat org kampung.

saya rasa inilah citer seram paling hampeh tahun ni... tak boleh nak terima akal langsung. boleh baca kat SINI, untuk tau lebih lanjut. SINI pun boleh...

NotaKaki : konon2 mcm blair witch project and paranormal lah tuuuuuuuuuuuu...

Tuesday, July 12, 2011

...kisah hujung minggu...

tetiba mood mengupdet menjelma... pulak tu line adalah clear... maka, beranak2 lah entry kat sini utk minggu ni...

...sihat dia 'baring' dalam air! pastu berguni pasir dia 'angkut' masuk poket, bawak balik!...

...mama santai atas pasir jek. malas nak 'terjun' masuk dalam air...

ahad lepas... pi menghirup/menyedut udara BERSIH di tepian pantai. bersantai dengan CH dan enKande... eh, bukan bersantai. membuat perhimpunan dengan family sambil menyedut udara BERSIH. besttttt wooooo! angin sepoi2 bahasa... tak panas pun. cuma tengah2 berhimpun tu tetiba tempias pulak kena siraman sesuatu... eh, apa ni? oh, hujan rintik2 rupanya... apa lagi... wahai anak dan bapak, jomlah kita pulang! langit sudah mau menangis...

...main pasir...

...urs truly...cobaan mengambil gambar...
NotaKaki : perhimpunan begini adalah sgt saya sukaaaaa! this wiken mau berhimpun lagi!!!

...hari tu...

hari tu dapat hadiah for my bday from CikAdik... then, saya tunjuk kat CH...

mama : aysh, mama dpt hadiah. asu bagi...
CH : bukak... bukak...

saya pun bukak... jeng... jeng... jeng...

CH : ni je asu bagi...
mama : ya lah...
CH : takde benda lain ke asu nak bagi... bunga je...

amboi, takkan asu nak bagi toys transformers pulak kat mama sayang oiiiiii! kalau betul asu bagi bumblebee ke sentinel prime ke shockwave ke... harus dah hadiah tu berpindah hakmilik...

NotaKaki : banyak nau pesanan CH... nak kena beli berekor2 robot angkut bawak balik umah... aduhhhhhh, pitam!

Monday, July 11, 2011

...dah amik...

[updet]...beli di sini...

ingatkan mlm ni boleh melepak kat umah tanpa perlu menapak ke mana2. sekali enKande kata barang pesanan dah ada and kena pi amik kat area setiawangsa. mula2 nk tangguh jugak, amik esok lusa... but, being me... mana boleh bertangguh bab2 nak dpt brg baru. haruslah segera... maka lepas maghrib and lepas tgk Stanza Cinta... zassssss ke setiawangsa.

eh, SC kat tonton td ada iklan lah pulakkkkk... terkejut akak tetiba iklan. enKande pn terkejut, "eh, ada iklan ke?"

balik ke citer asal... ater nak pi amik brg jek... haruslah akak xbersiap beria. pakai baju tido je diknon! sekali ada ke patut enKande ajak masuk giant!!! weiiiiii, idak le temannnnnnn! buruk nau rupanya...

apa yg akak amik?

[updet]...inilah dia...CH, mama ada yang blue!...

haaaaa nk jugak letak kat sini... tp akak ni budak baru belajar meng-updet blog gna hp, maka xreti le nk meng-up-kan gambar kat sini... try amik gambar mlm ni, upload kat fb... then esok2 akan ku tepek di sini...

NotaKaki : kalau CH tau maknya ada si BIRU, harus dia ngamuk! hehehe...

...BEliau dtg lagi...


dah lama tak citer pasal NN... esp. BE. nak citer apanya, kalau BE pun jarang2 dapat... dan NN pun akak jarang2 login... bagus tak? tetiba tadi TER-rajin pulak jemari yang xberapa nak runcing ni me-login kat NN... tengok2 kat earnings tu ada mcm peningkatan wpun setakat berapa sen aje... terus click...

yeayyyyyy, ada BE! and double yeayyyyyy, ada dua BE! thanks to NN. eh, lupa... kena pantun...
terima kasih daun keladi, lain kali tepek le BE lagi.... ;)

orang lain berpuluh BE... tak kecoh pun, akak baru setakat 2 dah berteriak keliling kampung!

akak ni blogger picisan diknon, haruslah meloncat kalau satu BE pun... kalau org lain yang glemer2 tu... bukan setakat BE, sponsored post lagi... sampai tak cukup masa nak karang ayat berkajang2, mmglah depa tak heran!

NotaKaki : syukurrrrr wpun masih jauhhhhhhhhhhhhhhhh lagi nak meng-cash-kan duit dari NN!


...ni untuk testing jek...

try to post straight from ipon... nk tgk apa hasilnya... tadaaaaaaaa!

...nak share...

meh nak share2 sikit...

uols dah abis ganti puasa? sempat? sape2 yang agak2 xsempat nak menutup akaun puasa last year, last 2 years, last 3 years... meh kita sama2 belajar cara2 nak kira fidyah supaya kita boleh bayar apa yg patut dengan kiraan yang betul, ya kawan2... tapi... puasa tetap kena ganti, cuma uols kena bayar sekali dgn fidyah... ater, la ni dah bulan 7 aka bulan syaaban... so, dah dekat sgt2 dah dengan ramadhan. haruslah bz2 gitu bab ganti puasa, get ready nak puasa...


moga2 link ni dapat membantu ya... selamat menyambut ramadhan yang mulia!

NotaKaki : me? me? :) 

...bersawang...

gila lama tak updet blog... ada isu nak citer, tapi masa ala2 mencemburui. setakat nak taip satu-dua ayat kat fb tu sempat lah... kalau nak taip berkajang2 kat blog mmg nan hadooooo! ni pun bz jugak, tapi mencurik masa sebab line clear...

pagi isnin yang blues ni dicemari oleh beberapa perkara yang buat hati saya hangat... dahlah first2 nak pegi keje tadi, ada satu taxi yang mcm apa jek bawak kete... elok2 duduk lane kanan... tup2 ko nak tukar masuk lane tengah, menonong jekkkk. eh, buta ke apa bijik mata? elok2 si Biru aku yang besar gedabak gong tu duk tercongok lane tengah, dia ke main bersemangat nak masuk jugak...

then, lepas park kete... berlari2 anak ke tempat nak punch card... sekali tengok punch machine tu blank. alahaiiiii, rosak lagi. memanjang rosak mesin ni tau! elok 2-3 hari... pastu rosak 2-3 minggu... mmg ada mesin kat tempat lain, tapi xrajin le akak nak menapak pulak ke bangunan lain tu. lantak pi lah... balik kang je saya punch... jgn tak punch langsung, kang org ingat akak tak dtg keje pulak hari ni.

then, pepagi isnin blues ni... ada meeting penting. wpun saya bukan kerani cabuk yg kena masuk meeting, tapi kena jugak buat preparation... dah lah bila urusetia suh hantar agenda meeting sebelum due date, hangpa takmo hantar. esok nak meeting, hari ni petang pukul 3 baru ko terhegeh2 nak hantar paper. kalau siap fotostat 13 salinan ok lagi... ni tetiba terkedek2 bawak satu helai jek, then suh pulak kita fotostat kan. yang lagi best... meeting pukul 9.30 pagi... hang dtg pukul 9.15, bawak sehelai kertas suh fotostat... kita dah tegang urat leher suh hantar awal, fotostat siap 13 salinan... ini tak, hantar lambat jugak... tak fotostat jugak... apa yg susah sgt nak fahamnya? belajar tinggi2, tapi ayat simple mcm tu pun ko tak paham!

NotaKaki : akak stress!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...