ya rabbi... bersawang umah akak ni haaaaaaaaaaaa! gila lama tak menjengah rumah sendiri... umah org lain rajin je akak jengah... tengok, bulan februari ni... baru satu entry je yg masuk [pastu ko mula potpet bila xde BE nak berkeliaran kat blog ni haaaa...].
byk benda nak di-story-kan... tapi tetiba ada hal kecemasan yang tak dpt nak elak, terus blog pun senyap sunyi sepi for almost 2 weeks kan?
and the hottest news yang terjadi adalah ChentaHati telah dimasukkan ke hospital on 14 februari hari tu. jam 2.30 pagi mengangkut CH ke emergency di prince court... demam CH mendadak naik sampai 39.5. woiiiii, rasa tak jejak tanah akak masa tu. serammmmmmmmmmmmmmmmmm! jgnlah jadi apa2 kat anak aku! sampai PC terus cek suhu... still tak turun. padahal kat umah b4 that dah try to sponge him dgn air batu... tapi x jalan... stuck kat 39.5 tu jugak. we had no choice... then masuk bilik doktor. cek itu ini... doktor advise utk buat blood test dan x-ray, sebab CH dah batuk for almost 2 weeks. doktor takut ada pneumonia or other virus. kan skrg ni virus mcm2... sumpah, akak seram!

sementara menunggu doktor ready itu ini... CH kena masuk ubat kat montot dulu utk turunkan suhu. and then off to bilik x-ray. comel je masa CH nak xray tu. enKande yang temankan anakanda di bilik x-ray. lepas xray tunggu lagi. bila masuk bilik doktor... tetiba doktor kata, "paru-paru dia tak cantik!" rasa nak tanggal skru lutut time tuh! sumpah akak rasa nak pitam. the doktor tunjuk ada few patches kat lung dia yang sedikit mcm infection. ALLAH je yg tahu hati akak macam mana time tu... and doktor kata, nak buat blood test. ni yg akak takut sebab CH akan kena cucuk macam nak kena drip tu kan. discuss dgn enKande, kena kuatkan semangat. tekad. redha. CH kena admitted! so, ofcos kena cucuk... and, "you had no choice, abg kena stay kat dlm bilik... intan tgu kat luar!" boleh? akak bagi order kat enKande utk stay dgn CH masa doktor cucuk nanti.

bila nak cucuk, mmg akak kuar. melilau depan ER tu... tapi about 5 mins xde dgr pun bunyi nagis ke apa... akak masuk ER balik. tengok2 tangan CH dah siap cucuk and tinggal nak balut jek... aikkkkkkkkkk, strong-nya anak mama! sikit pun tak nangis! he is very strong!!! good boy! then buat neb sekejap sementara ready utk warded.
jam 5am baru kami dpt masuk ward. itupun sharing room since all the single rooms dah fully occupied. gila ramai bebudak sakit skrg kan? ward paed kat PC ni almost full... xpe, sharing pun sharing lah... janji ada bed. maka di sinilah kami... start jam 5am hari selasa tu. dekat subuh baru CH tidur. enKande pulak balik umah kejap nak amik barang. masa dtg awal pagi tadi... mmg ada bawak few things... tapi more to brg2 CH esp bekal susu dia and baju2 dia ---> standby takut muntah. then asked enKande utk balik amik baju makpak-nya pulak. amik itu ini... last2 enKande dtg dgn satu beg troli mcm nak pi bercuti... dah lah bilik sharing, maka agak sempit di situ! no hal...
makpak pun sama terlelap lepas subuh... and bangun bila doktor masuk utk check and buat neb. lepas neb, akak mandikan CH and nak bagi susu... elok je CH kata, "aysh nak minum susu dlm kete"... eh, kita duduk sini lah, kita tak balik. dia ingat time akak siap2 kan dia tu, dah boleh balik. sebab dia mmg takde hati langsung nak bermalam kat hospital... sape lah yg nak kan... even hospital mcm PC tu pun. dah nama pun hospital, kompom tak best.
untuk mengisi masa lapang... CH menatap tab yang dah didonlodkan dengan katun. sian kat CH sb rindu nak balik umah nak main xbox... hahahahahaha.
duk PC, makan kena order. ada menu utk org sakit, tapi memandangkan CH very picky eater and hampir sume yang dlm menu dia xmakan... maka makpak-nya order ikut tekak sendiri. pizza lah, nasi lemak lah, roti canai lah etc... tapi sayangnya tak kenyang sebab makanan tu selera utk org sakit. jadi, urs truly terpaksa lah memujuk enKande ke kedai makan di sekitar kg baru ---> pi carik ikan bakar ke, ayam bakar ke... takpun nasi goreng kampung. tu baru lazat. hahahahahaha... selera maknya xnampak mcm menjaga org sakit. ke main nak makan itu ini kan.
duk PC, CH kena neb setiap 4 jam... and selama 3 hari berkampung di PC... alhamdullillah, sakit CH sangat berkurang and on thursday kami dah boleh balik. yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!! cuma kena dtg follow up je on 17/3 nanti. hope xde apa yang merisaukan. batuk dia pun dah makin berkurang. syukur ya ALLAH!
well, nasib baik ada amik insurans utk CH. ada medical card. so bolehlah jaga CH di spital dengan selesa. pentingnya insurans untuk zaman2 sekarang yang penyakit entah apa jenis pun tatau. gila seriau dgn virus2 zaman sekarang nih. alhamdullillah ada insurans... lagi alhamdullillah kalau tak sakit. tapi sakit pening ni bukan boleh dijangka... kalau setakat demam biasa2 tu, bawak pi kinik pun dah cukup. ini kalau dah tengah2 malam panas badan mencanak2, mana nak diharukkan? time tu pikir nak dpt rawatan yang segera dan terbaik jek. and the bill was RM1700++ tapi kami bayar RM310 jek... yang lain enInsurans tolong cover. CH pulak akan dpt duit 'raya' dari enInsurans tak lama lagi. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, CH sudah berangan nak beli transformers lagi... hari tu dah melayang duit RM375 untuk beli optimus prime... la ni nak apakenamantah jet dlm transformers tu...
kita as a parents ni kalau anak sakit waima demam pun dah menggelabah. kaki mcm tak jejak bumi... and syukur ya ALLAH sakit CH tak teruk. demam batuk jek. just imagine kanak2 yang sakit mcm adik Faris Nur Daniel aka faris yang sedang fight for life at SDMC... ya ALLAH, luluh hancur hati makpak adik faris kan? doa saya panjangkan untuk adik faris di setiap solat saya... semoga ALLAH memberikan yang terbaik utk insan kecil ini... sumpah, saya hampir menangis melihat gambar dia... terbyg anak saya yg baru saje keluar ward. ya TUHAN, tak tertanggung rasanya kalau saya berada di tempat enShamsulismawi... sila ke
FB enShamsulismawi utk cerita lanjut... uols boleh ringankan beban mereka dgn menghulur bantuan ---> 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738 maybank account enShamsulismawi. sedih sgt tgk adik faris... everyday saya on FB and cari updet dari enShamsul ttg anak kesayangan dia... setiap kali itulah saya berdoa semoga ada berita gembira dari enShamsul. saya tak kenal dia, tapi saya sgt sedih tgk adik faris. kawan2 sila doakan utk anak kecil ini!


view dari bilik CH
left - right : CH tgh tunggu papa amik bawak balik dan tangan CH bila dah bukak jarum... kedut!
NotaKaki : dah xmo tgk CH sakit masuk hospital... tak sanggup wpun setakat demam jek.